(Konsep) iPhone Math Dengan Skrin 4.8-inci Diperlihatkan

(Konsep) iPhone Math Dengan Skrin 4.8-inci Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jan 23, 2013 oleh .

Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, ramai perekabentuk dan pembangun bebas sering hadir dengan rekabentuk konsep, dan kini, lanjutan daripada desas-desus berkaitan telefon pintar bersaiz 4.8-inci daripada Apple, kini sebuah video konsep diperlihatkan oleh salah seorang perekabentuk bebas.

Daripada idea awal yang diperlihatkan oleh perekabentuk berkenaan, ia menunjukkan yang mana kemungkinan peranti tersebut mungkin akan menyertakan sebanyak 6 jalur ikon padanya, selain mungkin didatangkan dengan kamera 12-megapixel.

Walauapa pun, ia hanya sekadar konsep dan idea perekabentuk sahaja. Sehingga kini, walaupun pelbagai desas-desus dan ura-ura berkaitan dengannya telah kedengaran, namun masih tidak diketahui adakah ia benar dan akan dikomersialkan ataupun sebaliknya.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan dengan rekaan konsep ini?


TIPS & ULASAN