Peranti BlackBerry 10 akan dilancarkan dan diumumkan oleh RIM pada minggu hadapan, tetapi, lebih awal daripada itu, kini Maxis berkongsi mengatakan mereka akan menjadi antara yang terawal melancarkan peranti BlackBerry 10 di Malaysia.
Menurut mereka, buat permulaan, mereka akan menawarkan versi biasa, sebelum menambah dengan versi LTE sekitar penghujung tahun ini.
Namun, maklumat berkenaan peranti yang akan dilancarkan masih tidak dikongsikan buat masa ini.