Maxis Bakal Menawarkan Lebih 16 Peranti LTE Pada Tahun Ini

Maxis Bakal Menawarkan Lebih 16 Peranti LTE Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 23, 2013 oleh .

Maxis memulakan tahun baru 2013 ini dengan memperkenalkan rangkaian LTE mereka di beberapa kawasan yang terhad, dan hari ini, Maxis berkongsi berkenaan peranti-peranti yang bakal dibawakan oleh mereka sepanjang tahun ini.

Telefon Pintar LTE dari Maxis

Daripada apa yang dikongsikan, ia kelihatan Maxis turut sama akan menawarkan rangkaian LTE pada gelombang 1800Mhz. Namun tiada maklumat lanjut bekaitan dengannya yang diketahui buat masa ini.

Mengikut senarai yang dikongsikan Maxis, antara yang turut akan dibawa masuk adalah termasuk Galaxy Note 2 LTE, Galaxy S3 LTE, Galaxy S2 LTE, HTC Titan 4G, HTC Velocity 4G, dan beberapa yang lain.

Bilakah tarikh ia akan ditawarkan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.


TIPS & ULASAN