Carian
Pakej Maxis Home Fiber Dengan Astro IPTV Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
January 23, 2013 Aman

Selain dengan perkongsian berkenaan peranti BlackBerry 10, dan juga peranti-peranti LTE daripada pihak Maxis, syarikat telekomunikasi tersebut juga berkongsi perancangan berkenaan talian internet berkelajuan tinggi daripada mereka, iaitu Maxis Home Fiber.

Maxis - Astro IPTV

Seperti umum sedia maklum, Maxis pada tahun lepas telah memetarai perjanjian bersama-sama pihak Astro, dan mereka mengatakan bakal memperkenalkan beberapa pakej baru bersama-sama dengan kandungan eksklusif daripada Astro tidak lama lagi.

Beberapa saluran akan disediakan secara percuma, selain menyertakan beberapa perkara, termasuk Video-On-Demand. Maxis turut mengatakan ia bakal menyertakan beberapa kandungan secara eksklusif untuk para pengguna Maxis.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan pakej dan pelan berkaitan Home Fiber dan kandungan tambahan ini tidak lama lagi.

Komen