Nokia Bakal Hadir Dengan Telefon Windows Phone Dengan PureView Sebenar?

Nokia Bakal Hadir Dengan Telefon Windows Phone Dengan PureView Sebenar?

Diterbitkan pada Jan 23, 2013 oleh .

Sejak pengenalan teknologi PureView pada telefon, Nokia telah menetapkan sebuah piawaian baru pada kamera peranti mudah-alih, dan kini dilaporkan, Nokia akan hadir dengan telefon pintar Windows Phone yang menggunakan PureView sepenuhnya.

808-02

Buat masa ini, peranti tersebut dikenali dengan nama kod “EOS”, dikatakan akan menyertakan sensor menyerupai yang terdapat pada Nokia 808 PureView yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Peranti ini turut sama dijangka akan membawakan rekabentuk yang baru, dan menggunakan kerangka luar berasaskan aluminium.

Mungkin kita akan melihat lebih banyak informasi berkenaan dengannya dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN