Cari @ Amanz

Google SlidesSokongan penyuntingan secara luar-talian untuk Google Docs telah diperkenalkan tidak lama sebelum ini, dan kini, sokongan yang serupa diperluaskan kepada satu lagi perkhidmatan popular Google, iaitu Slides.

Google Slides membolehkan para pengguna membuat fail-fail dan dokumen berbentuk persembahan dengan mudah terus melalui pelayar web. Dahulunya, ia dikenali dengan nama Presentations untuk Docs sebelum dinamakan semula kepada Slides.

Melalui sokongan luar-talian ini, ia membolehkan pengguna membuat dokumen Slides, menyunting, dan juga mengaksesnya tanpa sebarang sokongan internet. Namun, segala perubahan akan disimpan pada Google Drive, yang kelak disync apabila pengguna menyambung komputer mereka kepada internet.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini kepada semua, dan perlu diaktifkan terlebih dahulu, serta hanya menyokong juga pelayar web Chrome sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd