Pada Twitter, mereka sedia menawarkan sokongan perkongsian gambar terbina, dan nampaknya tidak lama lagi, sokongan untuk berkongsi video juga akan diperkenalkan secara terbina pada perkhidmatan tersebut.
Kebolehan ini bakal dijayakan dengan hasil pengambil-alihan perkhidmatan Vine pada tahun lepas. Melaluinya, ia membolehkan pengguna merakamkan video sehingga 6 saat, sebelum berkongsi dengan yang lain melalui perkhidmatan tersebut.
Sama seperti beberapa perkhidmatan lain, ia turut sama akan membolehkan pengguna terus melihat kandungan terus pada Timeline mereka, dan menonton video berkenaan melaluinya.
Bilakah ia akan ditawarkan masih tidak diketahui sepenuhnya. Tetapi daripada beberapa video yang mula dikongsikan CEO Twitter, ia kelihatan tidak lama lagi, dan mungkin akan ditawarkan melalui sebuah aplikasi khas untuknya.
Steak tartare in six seconds. vine.co/v/bOIqn6rLeIDvia @dhof
— dick costolo (@dickc) January 23, 2013