Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti industri permainan, mungkin mengetahui yang mana THQ difailkan untuk muflis sebelum ini, dan sebelum ia diumumkan sepenuhnya, beberapa aset syarikat tersebut telah pun menerima pembelinya masing-masing.

THQDaripada apa yang dikongsikan pihak THQ, aset-aset miliknya akan diberi secara asing-asing oleh beberapa syarikat, dimana;

  1. Sega akan membeli Relic.
  2. Take 2 akan membeli aset Evolve.
  3. Crytek akan membeli francais Homefront
  4. Ubisoft akan membeli THQ Montreal dan aset South Park
  5. Koch Media akan membeli Volition dan Metro : Last Light

Walaubagaimanapun, penjualan ini masih belum disahkan oleh mahkamah buat masa ini, dan dijangka akan selesai sepenuhnya pada minggu hadapan.

Beberapa aset milik THQ juga masih terdapat pada mereka, dan belum dijual lagi. Berkemungkinan akan dimatikan ketika proses muflis kelak sekiranya tiada pembeli untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd