Canonical Mungkin Hanya Akan Mengeluarkan Ubuntu Versi LTS Sahaja Bermula 2014

Canonical Mungkin Hanya Akan Mengeluarkan Ubuntu Versi LTS Sahaja Bermula 2014

Diterbitkan pada Jan 24, 2013 oleh .

Pada masa kini, Canonical mengekalkan pengeluaran versi baru Ubuntu setiap enam bulan. Tetapi, ia kini kelihatan Canonical sedang dalam perancangan untuk mengubah cara tersebut, dengan hanya mengeluarkan versi LTS sahaja setiap dua tahun.

Walaupun merancang untuk mengeluarkan versi baru setiap dua tahun, namun, daripada apa yang kelihatan, mereka dijangka akan mengekalkan bentuk pengeluaran “rolling release“, membolehkan pelbagai kemaskini dan fungsi diperkenalkan untuknya dari semasa ke semasa.

Menurut Canonical sendiri, versi LTS merupakan salah satu versi yang menerima angka muat-turut yang tinggi berbanding versi-versi keluaran yang lain, memandangkan sokongan untuknya yang lebih lama, dan lebih stabil berbanding yang lain.

Dan sekiranya strategi ini diimplementasikan, ia juga bakal membolehkan pembangun hanya memfokuskan kepada satu kernel sahaja, selain mengatasi masalah pepijat dan sebagainya dengan lebih pantas dan mudah.

Buat masa ini, ia hanya sekadar perancangan awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar pengumuman rasmi berkaitan dengannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN