Office 2013 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Office 2013 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 24, 2013 oleh .

Office 2013Microsoft Office 2013 merupakan salah satu perisian dalam pengurusan dokumen yang dinantikan ramai pengguna, dan kini Microsoft Malaysia telah mula menghantar jemputan, menandakan ia akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan.

Office 2013 telah melalui fasa pra-lihat sebelum ini, dimana antaranya membawakan rekabentuk antaramuka yang baru, integrasi perkomputeran awan, sokongan sosial, dan memudahkan lagi pengguna berkolaborasi bersama-sama dengan rakan-rakan lain dalam bentuk masa-nyata.

Harga jualan dan apakah jenis-jenis tawaran Office 2013 yang bakal didatangkan bakal diumumkan pada tarikh tersebut. Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara tersebut pada minggu hadapan – 30 Januari 2013.

PowerPoint 2013 - Bahasa Malaysia


TIPS & ULASAN