Twitter Memperkenalkan Aplikasi Vine Untuk Pengguna iOS

Twitter Memperkenalkan Aplikasi Vine Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada Jan 25, 2013 oleh .

Aplikasi VineSetelah memperlihatkan beberapa petanda sebelum ini, hari ini Twitter secara rasminya memperkenalkan aplikasi Vine kepada para pengguna peranti iOS, sekaligus memudahkan perkongsian video oleh para pengguna.

Melalui Vine, ia membolehkan para pengguna merakamkan video selama 6 saat, dan memuat-naiknya terus daripada peranti mudah-alih mereka. Perkara ini sekaligus memudahkan perkongsian pelbagai perkara, selain hanya berkongsi gambar sahaja sebelum ini.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Vine daripada AppStore secara percuma, dan mula berkongsi pelbagai video rakaman mereka bersama-sama yang lain. Twitter dijangka akan memperkenalkan aplikasi serupa untuk platform lain tidak lama lagi.

Muat-Turun Aplikasi Vine untuk iOS


TIPS & ULASAN