Cari @ Amanz

Bagi mereka yang terlibat dengan arena penerbitan di internet mungkin mengenali akan platform WordPress. Automattic, syarikat disebaliknya, hari ini mengambil-alih Simperium, yang mana membangunkan aplikasi Simplenote untuk iOS.

Walaupun diambil-alih, Simplenote dan syarikat Simperium akan terus berfungsi, sama seperti beberapa perkhidmatan dibawah mereka, seperti Akismet dan juga Gravatar.

Simplenote merupakan salah satu aplikasi untuk pengambilan nota, yang mana membawakan sokongan sync antara platform dengan baik. Dan seperti kebanyakkan produk milik Automattic, tidak lama lagi, beberapa kod pada aplikasi iOS Simplenote akan dikeluarkan dalam bentuk sumber terbuka, sekaligus menguntungkan ramai pembangun seluruh dunia.

Dengan pengambil-alihan ini, Automattic berharap dimana ia akan memberikan kesan positif kepada aplikasi mudah-alih dibawah jenama Automattic, sekaligus menguntungkan pengguna secara amnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd