Gambar Peranti Huawei Ascend P2 Tertiris Ke Arena Web

Gambar Peranti Huawei Ascend P2 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Jan 25, 2013 oleh .

Huawei Ascend P2Pada CES 2013, pihak Huawei telah menjanjikan yang mana mereka akan hadir dengan peranti Ascend P2 pada Mobile World Congress 2013 dengan rekabentuk yang amat nipis. Kini, gambar awal peranti tersebut tertiris ke arena web, memperlihatkan bagaimana ia akan kelihatan.

Daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan peranti ini akan menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.8GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan juga bateri berkapasiti 3000mAh. Dari segi skrin, ia dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci, selain turut menyertakan sistem operasi Jelly Bean padanya.

Sebelum ini, Huawei Ascend P1 yang diperkenalkan tahun lepas mendapat reaksi positif ramai pengguna, dengan rekabentuk dan binaannya yang amat berkualiti, disamping peranti tersebut yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah ia akan mula dijual di pasaran. Memandangkan ia dikeluarkan oleh Huawei, maka kita boleh nantikan harga pasaran yang kompetitif daripada mereka kelak. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya pada MWC 2013 bulan hadapan.


TIPS & ULASAN