Cari @ Amanz

Origin daripada Electronic Arts merupakan salah satu perisian yang membolehkan pengguna membuat pembelian permainan dan memuat-turun secara digital daripadanya. Setelah hanya diperkenalkan pada platform PC, hari ini, EA turut memulakan ujian alpha untuk para pengguna Mac.

Walaubagaimanapun, untuk ujian awal ini, ia hanya dibuka kepada pengguna daripada Amerika Utara dan juga UK sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan kepada pengguna di rantau-rantau lain.

Pada masa yang sama, EA turut menekankan dimana walaupun Origin hadir ke platform Mac OS, ia tidak bermakna setiap permainan boleh didapati melaluinya, sebaliknya masih bergantung kepada pembangun permainan tersebut sama ada menyediakan versi Mac OS ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd