Adakah Kita Akan Melihat Jam Tangan Pintar Dari Google Tidak Lama Lagi?

Adakah Kita Akan Melihat Jam Tangan Pintar Dari Google Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Jan 25, 2013 oleh .

Pada bulan Oktober 2012 yang lepas, kita sedia ketahui yang mana Google telah mendaftarkan paten untuk jam tangan pintar dengan sokongan Augmented Reality padanya. Kini, beberapa info tambahan berkenaan dengannya mula diketahui, memperlihatkan Google mungkin akan hadir dengan jam tangan pintar tidak lama lagi.

Daripada apa yang diketahui, melalui peranti ini, ia akan membolehkan pengguna mengetahui arah perjalanan, informasi ringkas berkenaan produk, dan juga melihat notifikasi emel menggunakannya.

Ia diperkatakan Google sedang aktif membincangkannya, tetapi masih tidak diketahui sama ada akan direalisasikan ataupun tidak.

Selain daripada Google, terdapat beberapa jam tangan pintar di pasaran pada hari ini. Apple juga sebelum ini dikatakan akan hadir dengan jam tangan pintar dengan skrin bersaiz 1.5-inci padanya.


TIPS & ULASAN