Cari @ Amanz

LenovoLenovo sedia terkenal dengan komputer mereka di pasaran. Tetapi dari segi telefon pintar, ia masih kurang popular di seluruh dunia. Menariknya, dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri telefon pintar, Lenovo berkongsi mengatakan mereka ingin mendapatkan dan mengambil-alih syarikat baru.

Apa yang mengejutkan adalah dimana salah satu syarikat yang mereka berminat untuk mengambil-alih adalah Research In Motion, yang mana membangunkan peranti BlackBerry.

Walaubagaimanapun, ia hanya kenyataan ringkas sahaja, dan masih tidak diketahui adakah RIM untuk dijual ataupun sebaliknya.

Buat masa ini, RIM agak sibuk dalam persediaan untuk pelancaran BlackBerry 10 pada penghujung bulan ini. Semestinya penerimaan peranti dan platform tersebut akan memperlihatkan masa depan syarikat tersebut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd