Carian
TM UniFi Kini Mempunyai Lebih 500,000 Pelanggan
January 25, 2013 Aman

Hari ini, Telekom Malaysia melalui akaun Twitter mereka mengumumkan yang mana pelanggan UniFi telah pun mencapai setengah juta, sekaligus membawa perkhidmatan internet berkelajuan tinggi mereka kepada lebih ramai pengguna lagi.

UniFi 500K

Sebelum ini, pada penghujung November 2012 lepas, Telekom mengumumkan lebih 462,000 pelanggan UniFi telah diaktifkan, dan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan, ia kelihatan mereka menambah hampir 40,000 pengguna baru untuk perkhidmatan mereka.

Buat masa ini, UniFi masih diliputi di beberapa kawasan utama sahaja. Tetapi dalam usaha untuk memudahkan pengguna menikmati internet berkelajuan tinggi, Telekom Malaysia baru-baru ini turut mengumumkan pelan baru untuk Streamyx dengan kelajuan sehingga 8Mbps.

Komen