Kini, Huawei Merupakan Pengeluar Telefon Pintar Tertinggi Selepas Samsung Dan Apple

Kini, Huawei Merupakan Pengeluar Telefon Pintar Tertinggi Selepas Samsung Dan Apple

Diterbitkan pada Jan 25, 2013 oleh .

Samsung dan Apple, seperti semua sedia maklum adalah pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, menduduki dua tangga teratas. Tetapi siapakah di tangga ketiga? Mengikut data terbaru yang dikeluarkan oleh IDC, ia kelihatan Huawei kini menduduki tangga ketiga dan memegang sebanyak 4.9% pegangan pasaran telefon pintar pada suku tahun lepas.

IDC - Suku Tahun Ke-4 2012

Daripada data yang dikeluarkan oleh IDC, pada suku tahun ke-empat 2012 yang lepas, Samsung mengeluarkan sebanyak 63.7 juta unit, diikuti oleh Apple dengan 47.8 juta unit. Huawei di tempat ketiga dengan pengeluaran sebanyak 10.8 juta unit peranti sepanjang suku tahun ke-empat 2012.

Menduduki tangga ke-4 dan juga ke-5, masing-masing adalah Sony dan juga ZTE, dimana Sony mengeluarkan sebanyak 9.8 juta unit, dan ZTE pula mengeluarkan sebanyak 9.5 juta unit.

Pada tahun ini, semestinya kita akan terus dapat melihat persaingan positif dalam arena peranti pintar. Huawei, Sony dan juga ZTE masing-masing memulakan tahun ini dengan memperkenalkan peranti mereka pada CES 2013, selain dimana mereka juga bakal membuat kemunculan pada MWC 2013 bulan Februari kelak.


TIPS & ULASAN