Carian
BitTorrent Memulakan Ujian Pra-Alpha Untuk Sync – Memudahkan Akses Fail Pada Pelbagai Peranti
January 25, 2013 Aman

BitTorrent kelihatan agak aktif pada tahun ini. Selepas memperkenalkan BitTorrent Surf untuk Chrome sebelum ini, kini pembangunnya turut sama mengumumkan yang mana kelak mereka akan hadir dengan perkhidmatan dinamakan dengan BitTorrent Sync.

BitTorrent Sync

Melalui BitTorrent Sync, mereka mensasarkan untuk memudahkan pengguna mengakses fail yang sama pada pelbagai komputer dengan mudah, lebih kurang menyerupai salah satu fungsi utama Dropbox, SkyDrive dan sebagainya. Tetapi, ia tidak membawakan sokongan cloud caching dan menggunakan teknologi P2P disebaliknya.

Ia dikatakan aplikasi khas akan diperkenalkan kepada pengguna Windows, Mac dan juga Linux, serta akan dilanjutkan kepada peranti mudah-alih selepas itu.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pra-alpha, dan BitTorrent sedang mencari beberapa pengguna yang berminat dalam mengujinya terlebih dahulu sebelum diperkenalkan untuk pengguna umum. Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri, dan membantu BitTorrent dalam ujian pra-alpha ini.

Komen