Permainan Save My Birds (Listen Edition) Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Permainan Save My Birds (Listen Edition) Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Jan 26, 2013 oleh .

Terdapat pelbagai aplikasi pemainan kasual dibangunkan pembangun tempatan, dan mengambil fenomena “Listen” yang hangat diperkatakan sejak minggu lepas, kini Infoyana memperkenalkan permainan Save My Birds mereka dalam edisi khas.

Save My Birds - Listen Edition

Permainan ringkas ini memerlukan pemain mengawal bekas, dalam “menyelamatkan” pelbagai binatang daripada menjadi mangsa “Ikan Jaws”. Dari segi bentuk permainan, ia membawakan beberapa tahap, dengan bentuk yang agak kasual dan sesuai untuk anak-anak kecil.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Permainan Save My Birds (Listen Edition) untuk Android

TIPS AWAL DARIPADA @TMWWTW


TIPS & ULASAN