Cari @ Amanz

Selain daripada DiGi yang menjual peranti Nexus 4 secara eksklusif, kini, satu lagi penjual yang mula menerima pra-tempahan untuk Nexus 4 adalah IPMart, dimana daripada apa yang diperlihatkan, harga jualan oleh IPMart lebih murah berbanding dengan harga jualan DiGi.

Nexus 4

IPMart menjual Nexus 4 dalam dua variasi, iaitu 8GB dan juga 16GB, dan menariknya tanpa sebarang pelan dan pakej telekomunikasi. Bagi pengguna yang ingin membelinya secara ansuran, pihak IPMart juga turut menyediakan pelan bayaran ansuran selama 12 bulan untuk peranti ini.

Nexus 4 merupakan peranti Android terbaru yang dikeluarkan bersama-sama Google dan juga LG dibawah jenama Nexus. Ia didatangkan bersama-sama cip pemprosesan empat-teras, memori sebanyak 2GB RAM, skrin bersaiz 4.7-inci, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd