Carian
Carian Imej Pada Google Diberikan Nafas Baru
January 26, 2013 Aman

Pada Google, selain daripada carian pautan web biasa, fungsi yang turut sama popular adalah carian imej. Kini, Google telah pun mula memperkenalkan rekabentuk baru carian imej mereka, memudahkan lagi pengguna untuk membuat carian dan melihat imej yang dicari mereka.

Perubahan drastik dilakukan berkaitan bagaimana seseorang pengguna pra-lihat gambar tanpa perlu membuka halaman webnya. Sebaik sahaja pengguna klik pada gambar yang disukai mereka, ia akan dibuka pada halaman yang sama dalam saiz yang lebih besar, tanpa perlu membuka halaman web yang baru.

Pengguna juga turut boleh melayari gambar-gambar yang lain dengan menggunakan papan kekunci mereka, dengan menekan butang ke kiri dan ke kanan.

Kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan sekiranya anda masih belum dapat pada hari ini, mungkin boleh menyemaknya kembali dalam sehari dua lagi.

Google Image Search

Komen