Cari @ Amanz

Sistem operasi terbaru, Fedora 18 telah pun dilancarkan baru-baru ini, dan kini pembangunnya telah pun mula merancang untuk pembangunan sistem operasi generasi akan datang, Fedora 19.

Daripada cadangan awal salah seorang pembangun Projek Fedora, ia dicadangkan yang mana Fedora menggantikan antaramuka persekitaran desktop GNOME 3 dengan Cinnamon.

Cinnamon masih dibangunkan menggunakan beberapa komponen daripada GNOME 3, tetapi dari segi antaramuka, ia memberikan rekaan yang lebih menyerupai sistem operasi Windows, ataupun seperti GNOME 2 sebelum ini.

Perkara ini dijangka akan secara tidak langsung memudahkan pengguna baru mencuba dan menggunakan Fedora.

Apa pun, perkara ini masih lagi pada peringkat cadangan awal, dan mungkin pelbagai perbincangan dan cadangan lain akan diterima dalam minggu-minggu demi akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd