Sokongan Sync Kata Laluan Bakal Hadir Pada Chrome Untuk Android

Sokongan Sync Kata Laluan Bakal Hadir Pada Chrome Untuk Android

Diterbitkan pada Jan 27, 2013 oleh .

Chrome untuk Android merupakan salah satu pelayar web yang menerima perhatian dan fokus daripada pihak Google akhir-akhir ini. Setelah memperkenalkan sokongan saluran beta sebelum ini, kini kelihatan melalui Chrome 25, beberapa fungsi baru turut sama akan hadir pada pelayar web tersebut.

Salah satunya adalah sokongan sync kata laluan pada Chrome untuk Android, membolehkan anda menyimpan kata-laluan pada Chrome di desktop, dan menggunakan serta menguruskannya terus melalui Chrome untuk Android.

Buat masa ini, ia telah pun sedia untuk diuji untuk mereka yang menggunakan versi pembangunan Chrome 25. Tetapi, masih belum stabil dan diumumkan secara rasminya. Bagi mereka yang ingi mencubanya, boleh mengaktifkan melalui chrome://flags pada desktop mereka.


TIPS & ULASAN