WordPress 3.6 Bakal Memfokuskan Kepada Penyuntingan Kandungan

WordPress 3.6 Bakal Memfokuskan Kepada Penyuntingan Kandungan

Diterbitkan pada Jan 27, 2013 oleh .

Dengan pelancaran WordPress 3.5 pada penghujung tahun lepas, kini pembangunnya telah memulakan langkah awal dalam pembangunan versi WordPress seterusnya, iaitu WordPress 3.6.

Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak pembangunnya, mereka akan memfokuskan kepada penyuntingan kandungan melalui WordPress 3.6 kelak, sekaligus memberikan perhatian utama kepada bahagian editorial, daripada penyuntingan, menyimpan penulisan secara automatik, dan juga post format.

Untuk tujuan mengelakkan penulisan daripada terpadam disebabkan talian internet yang terputus ketika menulis dan sebagainya, ia dikatakan berkemungkinan mereka akan menyertakan sokongan autosave ke storan pelayar web.

Bahagian custom menu pada WordPress juga dijangka akan diberikan kemaskini, memudahkan lagi pengguna dalam menggunakannya.

Buat masa ini, ia masih lagi pada fasa awal pembangunan dan perancangan. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN