Cari @ Amanz

Dengan pengenalan Steam untuk Linux dalam bentuk beta, ia sekaligus memberikan kesan positif untuk para peminat permainan pada platform Linux. Terkini, Valve turut sama memperkenalkan Half-Life versi pertama, dan juga Counter-Strike 1.6 dalam bentuk beta kepada pengguna Linux.

Kedua-dua permainan ini ditawarkan melalui Steam untuk Linux. Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai beta, memandangkan tidak stabil sepenuhnya, dan mungkin terdapat beberapa masalah pepijat yang masih belum dikenal-pasti lagi.

Bagi pengguna Linux yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Steam untuk Linux yang masih dalam bentuk beta, dan memuat-turun permainan ini untuk dimainkan bersama-sama rakan yang lain.

Ramai pengeluar telah menjanjikan permainan untuk platform Linux pada tahun ini, yang mana dijangka sekaligus memberikan kesan positif dalam peningkatan angka pengguna Linux seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd