Bagi kebanyakkan pengguna pelayar web Firefox dan beberapa pelayar web yang lain, mungkin telah sedia menggunakan dan memasang sesuatu userscripts menggunakan Greasemonkey. Tetapi, bagi yang tidak menggunakannya, semestinya anda ingin mengetahui kegunaan ia pada pelayar web.
Seperti semua sedia maklum, pembangunan laman web hari ini menggunakan HTML dan juga JavaScript dalam menguruskan pelbagai jenis elemen pada sesuatu laman. Dan kadang-kala beberapa elemen agak menganggu pelayaran, dan menjadikan sesuatu web itu tidak menarik.
Userscript dan juga Greasemonkey ini membantu dalam mengatasinya, dimana ia membolehkan anda mengubah beberapa elemen pada laman web, dan mendapatkan pengalaman penggunaan web yang menarik.
Greasemonkey merupakan salah satu add-on untuk pelayar web Firefox, membolehkan pengguna menguruskan pelbagai jenis userscript yang sering dikongsikan pengguna dalam mengubah sesuatu elemen web.
- Info
- Muat-Turun Dan Pasang Add-On Greasemonkey pada Firefox
Terdapat ribuan userscript di arena web ini, dan salah satu laman yang menjadi pusat rujukan utama adalah Userscripts.org. Sebaik sahaja anda selesai memasang Greasemonkey, anda boleh terus ke laman UserScripts.org, dan menambah beberapa userscripts yang disukai anda, dan mengubah beberapa elemen pada sesuatu laman itu.
Salah satu contoh penggunaan yang pernah kami kongsikan sebelum ini adalah untuk menjadikan paparan YouTube baru lebih menarik pada skrin monitor besar, dimana salah satu userscript membolehkan pengguna menjadikan ia dipaparkan pada bahagian tengah, dan bukannya pada bahagian kiri seperti asalnya.
Anda juga boleh menggunakan sokongan carian pada Userscripts.org dalam membuat pilihan yang menarik, dan menjadikan pelayaran web anda memenuhi citarasa anda sendiri.
Pada Google Chrome, userscripts boleh dipasang dengan mudah tanpa memerlukan sebarang add-on tambahan, dimana pengguna hanya perlu simpan fail userscripts pada komputer (save), kemudian ke halaman Extensions (Tools > Extensions), dan seterusnya drag-dan-drop pada halaman tersebut. Userscripts kemudiannya akan dipasang secara automatik pada pelayar web Chrome anda.
- Info
- Lihat dan cari userscripts kegemaran di Userscripts.org
Walaubagaimanapun, memandangkan ia dipasang pada pelayar web anda, sekiranya anda melayari melalui komputer lain, maka ia akan kembali ke asal, dan bukannya seperti pada pelayar web di komputer anda.