Apple Mungkin Hadir Dengan Peranti iOS Berstoran Sehingga 128GB

Apple Mungkin Hadir Dengan Peranti iOS Berstoran Sehingga 128GB

Diterbitkan pada Jan 28, 2013 oleh .

Pada hari ini, peranti iOS dengan storan paling besar adalah sebesar 64GB sahaja, dan mungkin perkara ini berubah tidak lama lagi, apabila beberapa data pada iOS 6.1 Beta terbaru memperlihatkan kemungkinan peranti iOS dengan 128GB.

Memandangkan ia diperlihatkan dalam versi pembangunan beta, maka terdapat pelbagai kemungkinan, dan mungkin ya atau mungkin tidak kita akan melihat peranti dengan ruangan storan sebesar 128GB daripada Apple.

iOS 6.1 Beta - Partition

Buat masa ini, ruangan storan sebesar 64GB boleh dikatakan agak besar, tetapi dengan lebih ramai mengoptimasikan aplikasi untuk paparan Retina, dan kandungan beresolusi tinggi, maka saiz aplikasi bertambah dengan drastik, sekaligus memakan ruangan storan yang besar pada peranti mereka.

Jadi, mungkinkah pihak Apple akan memperkenalkan peranti dengan ruangan storan sebesar 128GB pada tahun ini?


TIPS & ULASAN