Maxis Bakal Memperluaskan 4G LTE Ke Pulau Pinang Dan Johor Pada Pertengahan Tahun Kedua 2013

Maxis Bakal Memperluaskan 4G LTE Ke Pulau Pinang Dan Johor Pada Pertengahan Tahun Kedua 2013

Diterbitkan pada Jan 28, 2013 oleh .

Maxis telah memulakan tahun baru 2013 dengan menjadi yang terawal dalam melancarkan dan memperkenalkan perkhidmatan 4G LTE di beberapa kawasan utama, dan kini dilaporkan Maxis bakal memperluaskannya ke Pulau Pinang dan juga Johor Baru pada pertengahan tahun kedua 2013 ini.

Maxis 4G LTE

Buat masa ini, liputan 4G LTE daripada Maxis masih lagi terhad kepada beberapa kawasan sahaja di Lembah Klang, iaitu Cyberjaya, Damansara Utama, Bandar Puching Jaya, Taman Tun Dr Ismail, Desa Sri Hartamas dan juga Bandar Sunway.

Pada masa yang sama, sebelum ini, Maxis juga telah berkongsi dimana mereka bakal membawa dan memperkenalkan pelbagai peranti 4G LTE untuk pasaran Malaysia.

Selain daripada Maxis, Celcom juga kini dalam persiapan untuk memperkenalkan perkhidmatan 4G LTE mereka, sementara pihak DiGi yang masih senyap tanpa sebarang berita buat masa ini.

Maxis 4G LTE


TIPS & ULASAN