Cari @ Amanz

Informasi dan beberapa maklumat asas berkaitan dengan peranti Sony C530X telah kedengaran sejak penghujung tahun yang lepas, dan kini, gambar peranti yang diperkatakan sebagai C530X HuaShan ini mula kelihatan di arena web.

Sony Xperia C5303

Sony Xperia C5303

Seperti Xperia Z, ia masih mengekalkan rekabentuk daripada Sony, dengan fokus kepada butang kuasa. Mengikut informasi sebelum ini, peranti Sony C530X HuaShan ini dijangka akan dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, Adreno 320 GPU dan juga menggunakan Android 4.1.2 Jelly Bean.

Ia masih tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan secara rasmi dan dipasarkan. Mengikut beberapa laporan sebelum ini, ia dikatakan akan diperkenalkan pada pertengahan tahun pertama 2013 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd