RIM Bakal Menawarkan Muat-Turun Muzik Bebas DRM Melalui BB10 Untuk Pengguna Malaysia

RIM Bakal Menawarkan Muat-Turun Muzik Bebas DRM Melalui BB10 Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Jan 28, 2013 oleh .

BlackBerry 10 bakal diumumkan secara rasmi dalam masa lebih kurang dua hari lagi, dan kini sebagai persediaan awal, pihak RIM telah pun mengumumkan beberapa perkara berkaitan BlackBerry World untuk pengguna Malaysia dan negara-negara lain.

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry World untuk BlackBerry 10 akan turut sama memfokuskan kepada kandungan digital, termasuk filem, dan juga lagu.

Untuk permulaan tiada tawaran sewa dan muat-turun video yang akan ditawarkan untuk pengguna tempatan. Tetapi daripada apa yang dikongsikan RIM, mereka mengatakan pengguna tempatan akan mendapat akses untuk bahagian muzik, membolehkan pengguna tempatan memuat-turun lagu bebas DRM daripada BlackBerry World dan mendengarnya pada peranti mereka.

Selain Malaysia, sebanyak 17 negara lain akan turut sama mendapat sokongan sama, termasuk jiran kita, Singapura.

Mungkin perkara ini juga sekaligus menandakan yang mana Malaysia akan menjadi antara yang terawal menerima peranti BlackBerry 10 yang dinantikan ramai ini.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh RIM dalam masa lebih kurang dua hari lagi ini.


TIPS & ULASAN