Plant vs Zombies Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pengguna Symbian

Plant vs Zombies Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pengguna Symbian

Diterbitkan pada Jan 29, 2013 oleh .

Plant vs Zombies telah pun sedia terdapat pada beberapa platform lain, dan kini, EA turut sama melancarkan ia untuk para pengguna Symbian, membolehkan mereka mendapatkan permainan tersebut dari Nokia Store pada harga RM6.

Plant vs Zombie Symbian

Plant vs Zombies untuk Symbian turut sama dilaporkan dibangunkan menggunakan Java, sekaligus membawakan animasi retro untuk pengguna Symbian.

Selain versi berbayar, versi percuma turut sama disediakan, tetapi ianya hanya terhad untuk dimainkan selama 5 minit, untuk membolehkan pengguna mendapatkan idea awal bagaimana permainan tersebut berfungsi.

Bagi pengguna Symbian yang berminat, mungkin boleh mendapatkannya daripada Nokia Store hari ini, dan memainkan ia pada peranti anda.

Muat-Turun Plant vs Zombies Dari Nokia Store (RM6)


Muat-Turun Plant vs Zombies Dari Nokia Store (Percuma)


TIPS & ULASAN