Cari @ Amanz

Setelah beberapa versi beta untuk pembangun sebelum ini, hari ini, Apple secara rasminya telah pun mengeluarkan kemaskini iOS 6.1 kepada semua pengguna peranti iOS 6 sebelum ini, sekaligus menyertakan beberapa kemaskini kecil padanya.

Tiada banyak perkara baru yang disertakan, memandangkan ia hanya sekadar kemaskini kecil sahaja. Daripada apa yang dikongsikan, Apple mengatakan melalui iOS 6.1, ia membolehkan para pelanggan iTunes Match untuk memuat-turun sesuatu lagu secara berasingan daripada iCloud, serta menyertakan butang khas untuk reset Advertising Identifier.

Bagi para pengguna peranti iOS, anda boleh mengemaskini ia hari ini, dengan pergi ke halaman tetapan, dan kemudiannya memilih General, dan seterusnya Software Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd