Cari @ Amanz

Dengan lebih kurang dua hari lagi sebelum pelancaran BlackBerry 10, kini beberapa gambar baru untuk peranti BlackBerry Z10 berwarna putih mula kelihatan di arena web dengan gambar yang lebih jelas berbanding sebelum-sebelum ini.

BlackBerry Z10 Putih

BlackBerry Z10 Putih

Seperti semua sedia maklum, tiada perubahan yang dapat dilihat daripada apa yang dipertontonkan sebelum ini. Daripada apa yang dilaporkan, peranti BlackBerry Z10 ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.2-inci dengan paparan HD, cip pemprosesan dwi-teras dan juga memori sebanyak 2GB RAM.

RIM bakal mengumumkan ia secara rasmi pada 31 Januari ini (waktu tempatan), dimana BlackBerry Z10 akan menjadi peranti pertama untuk platform BlackBerry 10, membawakan sokongan skrin sentuh sepenuhnya.

BlackBerry Z10 Putih

BlackBerry Z10 Putih

BlackBerry Z10 Putih

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd