Twitter Mula Mempromosikan Kempen Pengiklanan Promoted Tweet Di Rantau Asia Tenggara

Twitter Mula Mempromosikan Kempen Pengiklanan Promoted Tweet Di Rantau Asia Tenggara

Diterbitkan pada Jan 29, 2013 oleh .

Twitter MalaysiaDengan angka pengguna Twitter di rantau Asia Tenggara yang semakin meningkat, kini Twitter mula memfokuskan kepada pemasaran dan pengiklanan di Twitter, sekaligus memperluaskan senarai pengiklan melalui Promoted Tweet mereka.

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini, Twitter telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Komli Media pada bulan November 2012 yang lepas, kini Twitter kelihatan lebih aktif mencari pengiklan, dengan secara rasminya mengumumkan tawaran pengiklanan mereka di Malaysia hari ini.

Twitter - DiGi Promoted TweetsUntuk tujuan pengiklanan, Twitter menyediakan dua pilian, iaitu Promoted Tweet dan juga Promoted Trends. Seperti semua sedia maklum, Promoted Tweets memperlihatkan sebuah tweet daripada pengiklan pada timeline pengguna di Twitter. Untuk Promoted Trends pula, Twitter memperlihatkan tag pengiklan pada bahagian Trending Topic selama 24 jam.

Daripada apa yang diketahui, beberapa iklan Promoted Tweets telah pun diperlihatkan untuk pengguna tempatan sebelum ini, dan paling terkini adalah daripada syarikat pengiklanan tempatan, DiGi yang mula mempromosikan Nexus 4 melalui penggunaan Promoted Tweets.

Mungkin dengan pengumuman rasmi pihak Twitter ini untuk pasaran Malaysia, kita akan dapat melihat lebih banyak iklan daripada syarikat tempatan mula diperlihatkan di Twitter.


TIPS & ULASAN