Pada tahun ini, Apple dijangka akan hadir dengan tablet generasi baru mereka, iPad 5, dimana mengikut beberapa laporan awal, diperkatakan akan membawakan rekabentuk yang menyerupai iPad Mini.
Lanjutan daripada beberapa desas-desus berkaitan dengannya, kini sebuah gambar kerangka luar iPad hadir, dikatakan sebagai rekabentuk kerangka luar untuk iPad 5 kelak.
Ia diperkatakan kerangka luar yang diperlihatkan itu amat nipis, sekaligus memberikan idea iPad 5 kelak akan bersaiz lebih nipis berbanding sedia ada.
Sebelum ini, beberapa laporan turut mengatakan kelak Apple akan memperkenalkan iPad dengan pilihan storan sebesar 128GB, namun bilakah ianya akan diperkenalkan, masih belum diketahui sepenuhnya.
Jadi, apa kata anda berkenaan rekabentuk kerangka luar iPad 5 ini?