Apple Mengumumkan iPad Retina Dengan Storan Sehingga 128GB

Apple Mengumumkan iPad Retina Dengan Storan Sehingga 128GB

Diterbitkan pada Jan 29, 2013 oleh .

Lanjutan daripada beberapa ura-ura dan laporan sebelum ini, hari ini, Apple secara rasminya mengumumkan iPad Retina dengan ruangan storan sehingga 128GB untuk versi WiFi mahupun selular.

Versi dengan ruangan storan sebanyak 128GB ini bakal dijual bermula 5 Februari kelak melalui Apple Store. Harga jualan tempatan untuk versi 128GB masih tidak diketahui sepenuhnya, tetapi daripada apa yang dikongsikan Apple, ia berharga $799 untuk versi WiFi dan juga $929 untuk versi selular.

Pada masa yang sama, Apple turut berkongsi mengatakan bilangan aplikasi di AppStore kini melebihi 800,000 aplikasi, dengan sebanyak 300,000 daripadanya dioptimasikan untuk skrin iPad.


TIPS & ULASAN