Pengguna Galaxy S3 Tempatan Mula Menerima Kemaskini Android 4.1.2

Pengguna Galaxy S3 Tempatan Mula Menerima Kemaskini Android 4.1.2

Diterbitkan pada Jan 29, 2013 oleh .

android-412-sgs3Setelah dinantikan sejak penghujung tahun lepas, hari ini, Samsung telah pun mula memperkenalkan kemaskini Android 4.1.2 untuk para pengguna tempatan, sekaligus membolehkan pengguna tempatan menikmati beberapa fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Android 4.1.2 untuk Galaxy S3 menyertakan beberapa fungsi baru, dimana antaranya adalah termasuk sokongan Multi-View (membuka lebih dari satu tetingkap dan menggunakannya pada masa yang sama), aplikasi Gallery yang baru, panel notifikasi yang diberikan nafas baru, selain menyertakan beberapa aplikasi baru, termasuk Paper Artis dan juga Group Cast.

Bagi para pengguna peranti Samsung Galaxy S3 tempatan, anda boleh memuat-turun ia terus melalui Samsung KIES ataupun secara OTA melalui peranti anda.


TIPS & ULASAN