Cari @ Amanz

Jikalau pada Mobile World Congress 2012 yang lepas, Nokia memperkenalkan Nokia 808 PureView, untuk tahun ini, mereka mempunyai kejutan tersendiri, dimana Nokia telah pun mula menjemput kepada acara khas mereka pada 25 Februari kelak.

Memandangkan fokus Nokia kini pada Windows Phone, ia diperkatakan Nokia mungkin akan hadir dengan peranti terbaru mereka pada acara khas tersebut.

Mengikut beberapa ura-ura sebelum ini, ia diperkatakan Nokia sedang membangunkan sebuah peranti Windows Phone dengan rekabentuk yang lebih menarik dan berbeza dengan peranti Lumia sedia ada. Selain daripada itu, desas-desus sebelum ini turut mengatakan Nokia akan hadir dengan peranti Lumia dengan kemampuan kamera 41-megapixel padanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 25 Februari ini untuk mengetahui sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Nokia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd