Ikuti Pelancaran BlackBerry 10 Secara Langsung Melalui Web Bermula Pukul 11 Malam Ini

Ikuti Pelancaran BlackBerry 10 Secara Langsung Melalui Web Bermula Pukul 11 Malam Ini

Diterbitkan pada Jan 30, 2013 oleh .

Pelancaran BlackBerry 10 merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, daripada peminat peranti BlackBerry, sehinggalah pengguna telefon pintar secara amnya.

Hari ini, RIM akan secara rasminya mengumumkan sistem operasi terbaru mereka – BlackBerry 10, bersama-sama dengan peranti BlackBerry 10 pertama mereka.

Untuk pengguna di Malaysia, anda boleh mengikuti siaran langsung pengummuman ini secara langsung melalui halaman khas yang disediakan oleh RIM, bermula pukul 11 malam.

Buat masa ini, bilakah peranti yang menggunakan BlackBerry 10 akan hadir ke Malaysia masih tidak diketahui. Tetapi, Maxis sebelum ini mengatakan mereka akan menjadi antara terawal memperkenalkan peranti tersebut untuk pengguna tempatan. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan daripada pihak RIM pada malam ini.

Ikuti siaran langsung pelancaran BlackBerry 10 bermula pukul 11 malam (30 Januari)


TIPS & ULASAN