Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengenalan untuk pengguna Android sebelum ini, kini, Infoyana turut sama memperkenalkan permainan kasual mereka, Save My Birds (Listen Edition) untuk para pengguna iOS, dan ditawarkan secara percuma, sama seperti versi Android.

Save My Birds (Listen Edition)

Daripadanya, anda diperlukan untuk menyelamatkan seberapa banyak binatang yang boleh daripada menjadi mangsa Ikan Jaws. Pemain juga pada masa yang sama perlu mengelak daripada mendapatkan mikrofon ketika menyelamatkan binatang-binatang melalui permainan ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun permainan Save My Birds (Listen Edition) ini secara percuma daripada AppStore, dan memainkannya secara kasual pada masa terluang anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd