Rovio Melancarkan Angry Birds Star Wars Untuk BlackBerry 10

Diterbitkan pada Jan 30, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan beberapa jam lagi sebelum BlackBerry 10 dilancarkan, beberapa aplikasi untuknya telah pun mula diterbitkan di BlackBerry World, termasuk permainan terbaru daripada Rovio, iaitu Angry Birds Star Wars.

Angry Birds - BlackBerry 10

Berbeza dengan beberapa platform lain, versi BlackBerry 10 ini membawakan lebih 100 tahap permainan. Dari segi permainan, ia masih mengekalkan bentuk dan grafik yang sama.

Angry Birds Star Wars ditawarkan pada harga $0.99 dan hanya dikhaskan untuk pengguna BlackBerry 10 sahaja. Ia masih tidak diketahui sama ada akan hadir untuk PlayBook ataupun tidak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami