WowLoud merupakan salah satu perkhidmatan daripada pembangun tempatan yang menawarkan sokongan memainkan lagu berasaskan awan. Dengan pelancaran BlackBerry 10 yang tinggal beberapa jam sahaja lagi, kini aplikasi WowLoud telah pun diterbitkan untuk para pengguna BlackBerry 10.
Seperti versi web, ia membolehkan pengguna memainkan dan mendengar lagu terus melalui aplikasi tersebut, tanpa perlu memuat-turun sebarang lagu atau menyimpan ia pada ruangan storan telefon.
Aplikasi WowLoud yang ditawarkan ini hanya menyokong pengguna berbayar sahaja, dan tiada sebarang sokongan untuk pengguna akaun percuma.
Muat-Turun Aplikasi WowLoud Untuk BlackBerry 10