BlackBerry World Versi Web Kini Sedia Untuk Dilayari

BlackBerry World Versi Web Kini Sedia Untuk Dilayari

Diterbitkan pada Jan 30, 2013 oleh .

RIM sebelum ini telah mengumumkan yang mana pengguna tempatan hanya akan mendapat sokongan akses kandungan berbentuk permainan, aplikasi, dan juga muzik sahaja, dan kini BlackBerry World versi web telah pun sedia untuk dilayari.

Daripadanya, kelihatan beberapa kandungan tempatan turut sama disertakan, termasuk lagu-lagu daripada artis-artis tempatan. Beberapa aplikasi dari pembangun tempatan yang khas untuk BlackBerry 10 juga mula diterbitkan satu demi satu padanya.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui berapakah aplikasi dan kandungan yang telah tersedia di BlackBerry World hari ini. Mungkin kita akan mengetahui jawapan penuhnya dalam masa lebih kurang sejam lebih lagi.

Sama-sama kita nantikan pelancaran BlackBerry 10.


TIPS & ULASAN