BlackBerry Memperkenalkan Dua Peranti BlackBerry 10 – Z10 Dan Q10

BlackBerry Memperkenalkan Dua Peranti BlackBerry 10 – Z10 Dan Q10

Diterbitkan pada Jan 30, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan penjenamaan semula syarikat RIM menjadi BlackBerry, mereka juga hari ini secara rasminya mengumumkan dua peranti baru yang menggunakan BlackBerry 10, iaitu BlackBerry Z10 dan juga BlackBerry Q10.

Peranti Blackberry 10

BlackBerry Z10

BlackBerry Q10

BlackBerry Z10, seperti semua sedia maklum, telah tertiris ke arena web beberapa kali sebelum ini. Ia membawakan skrin sentuh sepenuhnya, dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.2-inci dengan 356PPI.

BlackBerry Q10 pula merupakan peranti QWERTY daripada BlackBerry, dimana merupakan peranti pertama BlackBerry 10 yang diperkenalkan.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah kedua-dua peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia. Harga jualannya juga masih belum diumumkan ketika artikel ini ditulis.


TIPS & ULASAN