BlackBerry Messenger Kini Turut Menyertakan Panggilan Video Melalui BBM Video

BlackBerry Messenger Kini Turut Menyertakan Panggilan Video Melalui BBM Video

Diterbitkan pada Jan 30, 2013 oleh .

Satu lagi perkara yang telah tertiris ke arena web adalah sokongan BBM Video yang terbina pada BlackBerry Messenger di dalam BlackBerry 10. Hari ini, pihak BlackBerry secara rasminya mengumumkan dan memperlihatkan sokongan tersebut.

BBM Video

Menariknya berkenaan dengan sokongan ini adalah dimana selain daripada hanya sekadar panggilan video, BBM Video turut sama menyertakan sokongan perkongsian skrin dikalangan pengguna BlackBerry 10.

Fungsi ini sekaligus memudahkan pengguna BlackBerry 10 berkolaborasi antara satu sama lain, dan menjadikan komunikasi lebih berkesan berbanding sebelum ini.


TIPS & ULASAN