BlackBerry World Kini Mempunyai Lebih 70,000 Aplikasi Untuk BlackBerry 10

BlackBerry World Kini Mempunyai Lebih 70,000 Aplikasi Untuk BlackBerry 10

Diterbitkan pada Jan 31, 2013 oleh .

BlackBerry, ketika pelancaran platform baru mereka hari ini, BlackBerry 10 menekankan yang mana mereka menawarkan pelbagai aplikasi bersama-sama sistem operasi mereka. Dari segi angka, BlackBerry mengatakan terdapat lebih 70,000 aplikasi tersedia hari ini, dan bertambah dari hari ke hari.

BlackBerry World

Antara aplikasi yang tersenarai, termasuklah AngryBirds, Skype, WhatsApp, Kindle dan pelbagai aplikasi lain, termasuk aplikasi-aplikasi daripada pembangun tempatan.Pelbagai aplikasi berbentuk permainan dan juga produktiviti turut sama didatangkan dengan sokongan BlackBerry 10 sedia ada.

Selain daripada hanya aplikasi dan juga permainan, BlackBerry World juga turut sama dilengkapi dengan kandungan seperti video dan juga muzik. Buat permulaan, untuk pasaran Malaysia, pembelian muzik akan diaktifkan, sementara sokongan membeli video akan didatangkan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, BlackBerry mengatakan ia hanyalah permulaan, dan dari hari ke hari, lebih banyak aplikasi akan ditambah, sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN