Sokongan seperti BlackBerry Flow, dan BlackBerry Hub merupakan antara fungsi yang telah diumumkan oleh BlackBerry sebelum ini. Hari ini, mereka turut sama memperkenalkan sebuah fungsi baru, dinamakan sebagai BlackBerry Remember.
BlackBerry Remember memudahkan pengurusan pelbagai jenis dokumen, nota dan juga sebagainya. Melaluinya, pengguna boleh menyimpan pelbagai perkara, dari emel, bookmark laman web, pelbagai jenis media dan sebagainya, dan menyusunnya dalam bentuk folder yang menarik.
Selain daripada itu, BlackBerry Remember juga turut sama menyertakan integrasi sokongan Evernote padanya, memudahkan pengguna menguruskan dokumen sedia ada di Evernote terus pada peranti BlackBerry 10 mereka.