BlackBerry 10 Bakal Diperlihatkan Di Malaysia Pada 20 Februari 2013

BlackBerry 10 Bakal Diperlihatkan Di Malaysia Pada 20 Februari 2013

Diterbitkan pada Jan 31, 2013 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman BlackBerry 10, pihak BlackBerry Malaysia kini telah pun memulakan penghantaran jemputan media untuk acara tempatan, yang mana akan diadakan pada 20 Februari 2013 kelak.

BlackBerry 10 Malaysia

BlackBerry 10 membawakan sistem operasi yang dibangunkan semula oleh pihak BlackBerry, dengan pelbagai fungsi menarik, seperti BlackBerry Flow, BlackBerry Hub, sokongan kamera yang menarik, papan kekunci atas-skrin pintar, dan pelbagai perkara lain lagi. Sebanyak dua peranti diummumkan oleh pihak BlackBerry, iaitu BlackBerry Z10 dan juga BlackBerry Q10.

Seperti mana yang diumumkan pada acara pelancaran BlackBerry 10, Malaysia merupakan antara negara terawal yang akan menerimanya, berkemungkinan besar pada suku tahun pertama 2013 ini. Berkemungkinan, info mengenai harga dan juga tarikh jualan peranti BlackBerry 10 akan diketahui pada 20 Februari 2013 tersebut.

BlackBerry 10


TIPS & ULASAN