Sokongan kamera pada BlackBerry 10 adalah salah satu fungsi yang menarik, dan kini, BlackBerry turut berkongsi memperlihatkan penyunting gambar terbina pada peranti tersebut, membolehkan pengguna menyunting gambar yang dirakamkan serta-merta dengan mudah.
Melaluinya, pengguna boleh melakukan beberapa perkara asas, seperti mengubah saiz gambar, enhance gambar yang dirakamkan, mahupun menambah efek dan kesan khas pada gambar tersebut.
Sebaik sahaja segalanya dilakukan, seperti kebanyakkan platform lain, ia turut sama membolehkan pengguna berkongsi terus ke laman sosial dengan mudah.